ARTIKEL

Joseph: Terlalu awal mencari pengganti Masing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Terlalu awal untuk menentukan pengganti mendiang Tan Sri James Jemut Masing sebagai Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), kata Datuk Joseph Salang Gandum.

Menurut Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu, pihaknya belum memikirkan mengenai peneraju baharu parti mereka kerana masih terkejut dan bersedih atas pemergian veteran politik tersebut.

“Jika anda mahu mengetahui siapa presiden baharu PRS, ia terlalu awal untuk bercakap mengenainya.

“Bagi kami, mendiang masih bersama-sama kami, semangat beliau masih di sini.

“Kami (ahli Majlis Tertinggi PRS) belum memikirkan siapa pengganti mendiang,” katanya pada sidang media PRS bertempat di rumah mendiang Timbalan Ketua Menteri, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau dengan tegas menafikan dakwaan beberapa laporan media bahawa beliau merupakan pemangku jawatan Presiden PRS.

“Saya bukan gila kuasa. Bukan seperti spekulasi orang ramai bahawa saya mahu mengemudi parti ini, tetapi kerana kedudukan saya sebagai timbalan, maka ia adalah tanggungjawab saya untuk melaksanakannya,” tegasnya.

Menjelas lebih lanjut, Joseph berkata dalam budaya serta adat masyarakat Iban, adalah menjadi amalan biasa untuk membincangkan hal-hal penting semasa urusan jenazah dan tempoh berkabung adalah selepas pengebumian.

Terdahulu, beberapa media melaporkan bahawa Joseph akan memangku tugas presiden PRS dan akan memainkan peranan presiden sehingga parti itu membentuk jawatankuasa baru pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang hanya akan berlaku selepas PRN.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU