ARTIKEL

JPA mahu penyampaian maklumat kerajaan lebih tepat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Peraturan berkaitan pernyataan awam oleh pegawai awam bukanlah suatu ketetapan baharu, sebaliknya telah berkuat kuasa sejak 1993 menerusi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A.) 395/1993], menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Dalam satu kenyataan hari ini, JPA menjelaskan surat edaran bertarikh 19 Jun 2025 yang dikeluarkan jabatan itu hanya bertujuan memperjelas pelaksanaan Subperaturan 19(1) dan 19(2) di bawah peraturan berkenaan, selaras dengan perkembangan teknologi komunikasi serta penggunaan media sosial yang semakin berkembang.

Menurut JPA, surat edaran tersebut tidak memperkenalkan sebarang peraturan baharu, sebaliknya memberikan panduan yang lebih jelas mengenai pelaksanaan peraturan sedia ada dalam landskap komunikasi digital masa kini.

“Peraturan ini bertujuan memastikan penyampaian maklumat berkaitan urusan Kerajaan dibuat secara tepat, bertanggungjawab dan selaras dengan tatacara yang

BERITA LAIN

BERITA TERBARU