ARTIKEL

DIDIK... Unit Keselamatan Jalan Raya, JPJ Sarawak membuat demonstrasi keselamatan jalan raya bersama murid Tabika KEMAS Paya Mebi, hari ini. Foto FB JPJ Sarawak

JPJ Sarawak didik murid KEMAS keselamatan jalan raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak terus mempergiat usaha memupuk budaya keselamatan jalan raya dalam kalangan kanak-kanak apabila mengadakan ceramah dan demonstrasi keselamatan jalan raya bersama murid Tabika KEMAS Paya Mebi, di sini hari ini.

Program anjuran Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) JPJ Sarawak itu diadakan hasil jemputan pihak Tabika KEMAS Paya Mebi sebagai sebahagian daripada usaha berterusan jabatan memberi pendidikan dan pendedahan awal mengenai keselamatan jalan raya kepada generasi muda.

TINGKATKAN KESELAMATAN…Sesi ceramah dan demonstrasi keselamatan jalan raya bersama murid Tabika KEMAS Paya Mebi, hari ini.Foto FB JPJ Sarawak

Ceramah disampaikan oleh Susianti Shafie dengan bantuan Nurul Fatihah Sazwani Rapelah dari Unit Keselamatan Jalan Raya, JPJ.

Menurut JPJ Sarawak, program tersebut bertujuan memberikan pemahaman asas kepada kanak-kanak mengenai kepentingan mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan langkah keselamatan ketika berada di jalan raya.

Antara pengisian utama program ialah cara melintas jalan dengan selamat, penggunaan topi keledar yang betul, aspek keselamatan ketika menaiki kenderaan serta pengenalan kepada tanda dan isyarat lalu lintas.

JPJ Sarawak berkata, program advokasi seperti itu merupakan platform penting dalam membentuk generasi yang lebih peka terhadap aspek keselamatan jalan raya, selain menerapkan nilai tanggungjawab dan disiplin sejak usia muda.

“Pendidikan awal amat penting bagi membentuk sikap dan tingkah laku yang betul ketika menggunakan jalan raya. Kanak-kanak yang didedahkan dengan ilmu keselamatan sejak kecil lebih mudah memahami risiko dan kepentingan mematuhi peraturan,” menurut kenyataan itu.

JPJ Sarawak turut merakamkan penghargaan kepada pihak Tabika KEMAS Paya Mebi atas kerjasama dan jemputan yang diberikan bagi menjayakan program berkenaan.

Katanya, program seumpama itu diharap dapat terus dilaksanakan pada masa hadapan bagi memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan jalan raya serta melahirkan generasi yang lebih berhemah, berdisiplin dan bertanggungjawab ketika menggunakan jalan raya.

BERI PENDEDAHAN…Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) JPJ Sarawak merakam kenangan bersama warga Tabika KEMAS Paya Mebi. Foto FB JPJ Sarawak

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU