ARTIKEL

Omar menyantuni pelajar asrama ketika lawatan mengejutnya ke SMK Simanggang dan SMK SMK Lingga, kelmarin.

JPN Sarawak arah semua sekolah tambah baik fasiliti asrama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah di negeri ini diminta mengambil tindakan menambah baik kemudahan asrama bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata, langkah itu merupakan susulan lawatan mengejut beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang dan SMK Lingga di Sri Aman, baru-baru ini.

“Menerusi lawatan tersebut, saya mendapati murid-murid memadam lampu untuk tidur mengikut masa yang ditetapkan, namun beberapa penambahbaikan khususnya aspek kebersihan bilik tidur perlu dipertingkatkan.

“Berhubung aspek keselamatan, saya berpuas hati dan hasil soal selidik bersama murid, didapati tiada kes buli berlaku di kedua-dua sekolah terbabit.

“Saya juga telah meminta semua PPD dan pihak sekolah menambah baik kemudahan menjemur pakaian serta pembelian tikar getah supaya bilik tidur sentiasa bersih, selain pengudaraan bilik yang perlu ditingkatkan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Omar berkata, lawatan mengejut tersebut mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dalam memastikan kebajikan murid, kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik.

Beliau diiringi Penolong Pengarah Unit Menengah dan Tingkatan 6, Sektor Pengurusan Sekolah JPNS, Jasmine Hayward.

Dalam lawatan berkenaan, Omar meluangkan masa menyantuni murid Tingkatan 6 menerusi sesi interaksi santai, selain memberi kata-kata motivasi agar pelajar terus tekun berusaha mencapai kecemerlangan akademik.

Beliau turut meninjau kemudahan asrama bagi melihat sendiri aspek kebersihan, keselesaan, penyelenggaraan fasiliti serta tahap keselamatan murid.

Pada masa sama, Omar berinteraksi dengan warden asrama bagi mendapatkan maklum balas pengurusan harian serta penekanan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan.

Beliau turut menekankan kepentingan menyahut cabaran Rancangan Pembangunan Malaysia (RPM) 2026–2035 dalam melahirkan generasi berilmu, berkemahiran tinggi serta berdaya saing di peringkat global.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

BERITA TERBARU