ARTIKEL

Jualan Perdagangan Borong, Runcit Malaysia Meningkat 10.5 Peratus Kepada RM173 Bilion Pada Ogos — DOSM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan sebanyak RM173 bilion pada Ogos 2026, meningkat 10.5 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataan hari ini, DOSM berkata indeks volum meningkat 3.6 peratus tahun ke tahun, dengan pertumbuhan dicatatkan dalam ketiga-tiga subsektor.

“Perdagangan borong mencatatkan jualan RM81.2 bilion, meningkat RM11.5 bilion atau 16.5 peratus tahun ke tahun.

“Perdagangan runcit meningkat RM4.4 bilion atau 6.5 peratus kepada RM71.7 bilion, manakala subsektor kenderaan bermotor berkembang RM0.5 bilion atau 2.5 peratus kepada RM20.1 bilion,” menurut kenyataan itu.

DOSM berkata ketiga-tiga subsektor itu secara keseluruhan menyumbang RM16.4 bilion kepada peningkatan jualan, dengan perdagangan borong menjadi penyumbang terbesar, diikuti perdagangan runcit dan kenderaan bermotor.- BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,