ARTIKEL

Datuk Armizan Mohd Ali (kanan) menunjukkan diskaun harga barangan yang ditawarkan pada PJRM di Dewan Guna Sama Kampung Bratan/Asah.

Jualan Rahmah Madani Sarawak Rekod 761,398 Transaksi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) di Sarawak mencapai 761,398 jumlah transaksi pembelian bagi 775 siri pelaksanaan yang diadakan di wilayah ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pencapaian tersebut membuktikan PJRM berperanan sebagai mekanisme intervensi kos sara hidup yang berkesan dalam keadaan negara berdepan krisis tenaga global akibat konflik di Asia Barat.

Justeru, PJRM dilihat sebagai satu intervensi dalam menghadapi krisis tersebut ekoran berlakunya unjuran kenaikan harga barang khususnya barangan import disebabkan kos logistik dan insurans yang meningkat.

“Jadi kita menjadikan PJRM ini sebagai salah satu program intervensi yang kita akan perkukuhkan bagi membantu rakyat,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Program Sentuhan Kasih dan PJRM di Dewan Guna Sama Kampung Bratan/Asah, Jalan Puncak Borneo di sini malam tadi.

Armizan berkata, PJRM kini dilaksanakan merangkumi 600 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara, termasuk 40 zon di Wilayah Persekutuan, dengan kekerapan sekurang-kurangnya tiga kali sebulan bagi setiap DUN.

“PJRM menawarkan diskaun antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran semasa setempat,” ujarnya.

Beliau berkata, mulai 1 Januari sehingga 31 Mac 2026, sebanyak 7,320 siri PJRM dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 7,387,213 transaksi.

“Pendekatan ini selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menikmati akses kepada barangan keperluan asas pada harga yang berpatutan,” katanya.

Datuk Armizan Mohd Ali mengetuk gong sebagai simbolik penyempurnaan PJRM.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU