ARTIKEL

Royston mengagihkan kurma kepada orang ramai yang hadir dalam Program Juh Berambih Sungkai Mukah, semalam.

Juh Berambih Sungkai Mukah Eratkan Perpaduan Masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pelaksanaan Program Juh Berambih Sungkai Mukah akan diteruskan pada Ramadan akan datang bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine, berkata kali ini merupakan edisi kelapan program tersebut sejak pelaksanaannya pada tahun 2017.

Royston mengagihkan kurma kepada orang ramai yang hadir dalam Program Juh Berambih Sungkai Mukah, semalam.

“Kita akan meneruskan program yang mengumpulkan semua masyarakat di Mukah, terutamanya semasa musim perayaan, bagi memastikan perpaduan sentiasa terjaga.

“Bukan itu sahaja, dengan adanya program seperti ini, ia dapat menyemarakkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat serta mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain,” katanya.

Rakam Kenangan… Royston merakam kenangan bersama peserta lain dalam program tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Juh Berambih Sungkai di Dataran Pehin Setia Raja, di sini, petang semalam.

Mengulas lanjut, Royston memberitahu bahawa program ini juga dapat merapatkan lagi hubungan antara masyarakat, agensi kerajaan, dan badan bukan kerajaan (NGO).

Jelasnya, kerjasama semua pihak amat penting dalam pelaksanaan mana-mana program, dan diharapkan ia berterusan.

Rakam Kenangan… Royston merakam kenangan bersama peserta lain dalam program tersebut.

Sehubungan itu, beliau turut berharap hubungan baik, terutamanya kerjasama antara semua pihak, sentiasa berkekalan bagi memastikan setiap program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada beberapa penerima, termasuk kelab dan persatuan di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian.

Antara penerima ialah Kelab Rekreasi Komuniti Setia Raja, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Sumut, Perguruan Pencak Silat Pusaka Mengalai, dan Tabika Kemas Kampung Penakub Permai.

Selain itu, penerima lain termasuk JKKK Kampung Pegei, Persatuan Melanau Mukah, Motion Athletics Club, serta Jawatankuasa Kebajikan Kakitangan Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah.

Serah… Royston (tengah) menyerahkan geran MRP kepada salah seorang penerima.

Hadir sama, Pegawai Daerah Mukah, Peleadzman Ahip, dan Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhammad Rizal Alias.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu