ARTIKEL

Julian McMahon meninggal dunia akibat kanser

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON kelahiran Australia, Julian McMahon yang dikenali menerusi watak Dr. Doom dalam fi lem Fantastic Four, dilaporkan meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat kanser pada 2 Julai lalu.

Perkara itu disahkan isterinya, Kelly McMahon dalam satu kenyataan kepada portal hiburan antarabangsa Deadline, sambil memohon ruang privasi buat keluarga mereka untuk berkabung.

Bagaimanapun, jenis kanser yang dihidapi McMahon serta tempoh beliau menjalani rawatan tidak didedahkan, menurut laporan ABC.net.au.

Julian merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Australia, Sir William “Billy” McMahon dan Lady Sonia McMahon.

Beliau memulakan karier lakonan pada penghujung 1980-an menerusi siri Rafferty’s Rules dan The Power, The Passion, sebelum mula meraih perhatian ramai apabila membintangi drama terkenal Home and Away.

Namanya kemudian melonjak di peringkat antarabangsa menerusi watak Cole Turner dalam siri Charmed, dan lebih dikenali menerusi peranan sebagai Dr. Christian Troy dalam drama popular Nip/Tuck, yang melayakkannya menerima pencalonan Golden Globe pada 2005.

McMahon turut membintangi beberapa fi lem terkenal seperti Fantastic Four, Rise of the Silver Surfer, Premonition serta The Surfer. Mendiang juga aktif di televisyen sehingga akhir hayatnya, termasuk penampilan dalam siri FBI: Most Wanted, Hunters, serta produksi terbaharu Netfl ix, The Residence, yang mula ditayangkan awal tahun ini.

BERITA LAIN

Dul Jaelani sertai ITOK FEST

TEKA-TEKI mengenal artis Indonesia yang bakal menyertai barisan penghibur ITOK FEST akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pemuzik Abdul Qodir Jaelani, yang lebih dikenali sebagai Dul

BERITA TERBARU