ARTIKEL

Juma’ani Pavilion sebagai pusat sehenti fesyen Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CENDERAHATI… isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menyerahkan cenderahati berupa selendang songket bermotifkan bunga jasmin kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. FOTO: JAPEN

KUCHING: Juma’ani Pavilion merupakan hab fesyen pertama, sekali gus menjadi pusat sehenti fesyen terkemuka di Borneo, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, ia juga berperanan sebagai pusat latihan untuk pereka fesyen muda tempatan yang berbakat, seterusnya menjadi usahawan berjaya dalam bidang fesyen dan tekstil.

“Tidak terhad kepada itu, hab fesyen ini juga menjadi satu-satunya platform pemasaran produk warisan tempatan yang dihasilkan oleh anak Sarawak, dalam mempromosikan kesenian dan kebudayaan negeri ini melalui fesyen,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Perasmian Juma’ani Pavilion di Vista Tunku Petra Jaya, dekat sini, malam tadi.

Tambahnya, Juma’ani Pavilion merupakan sebuah tempat untuk para pereka tempatan berkarya menghasilkan rekaan-rekaan fesyen mengikut trend semasa dengan menggabungkan elemen warisan di dalamnya.

Kata Abang Johari, pereka tempatan tersebut terbahagi kepada dua iaitu pelatih Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) yang mengambil jurusan Teknologi Fesyen dan pereka fesyen tempatan yang sedia ada.

“Setiap pelatih yang mengambil bidang ini akan diberi pendedahan secara menyeluruh bermula dari proses menjahit sehinggalah membuat rekaan.

“Bagi melahirkan pelatih yang cemerlang dalam bidang ini, Centexs telah melantik empat pereka fesyen tempatan untuk membantu pelatih-pelatih ini,” ujarnya.

BERUCAP… Uggah membacakan teks ucapan Abang Johari ketika berucap pada Majlis Perasmian Juma’ani Pavilion di di Vista Tunku Petra Jaya, dekat sini, malam tadi. FOTO: JAPEN

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan