ARTIKEL

Seorang anggota APM Dalat melaksanakan pemantauan.

Jumlah mangsa banjir Dalat meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara Stadium Perpaduan Dalat kini meningkat kepada 32 orang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Dalat, Lt M. (PA) Muhammad Helmi Halim, berkata kesemua tujuh sekeluarga itu berasal dari Kampung Medong Seberang, Hulu dan Hilir.

Katanya, pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Dalat juga menyertai operasi membantu menghantar seorang mangsa banjir ke hospital untuk menerima rawatan susulan.

“Hujan lebat masih berterusan, paras air menunjukkan kenaikan hingga 1.7 meter, dan Kampung Medong adalah kawasan yang paling teruk terjejas.

“Jumlah mangsa yang dipindahkan dijangka meningkat,” katanya kepada wartawan Suara Sarawak.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa pasukannya sedang melakukan pemantauan rapat, terutamanya di kawasan berisiko.

“Saya juga ingin menasihatkan penduduk supaya kekal berwaspada dan sentiasa mengutamakan keselamatan,” katanya.

Sementara itu, Residen Bahagian Mukah, Datuk Kueh Lei Poh, turut turun padang bersama pasukan pemantau bagi meninjau keadaan mangsa selain memastikan mereka yang terjejas mendapat bantuan sewajarnya.

Mangsa banjir ditempatkan di PPS Stadium Perpaduan Dalat.
Anggota APM Dalat membantu mangsa banjir pindah ke PPS Stadium Perpaduan Dalat.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha