ARTIKEL

Kredit: Bernama

Jumlah pesalah dadah di Korea Selatan lebih 20,000 bagi tahun kedua berturut-turut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL: Jumlah individu yang terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah di Korea Selatan melebihi 20,000 orang untuk tahun kedua berturut-turut pada 2024, dengan lebih 60 peratus terdiri daripada golongan berusia 20-an dan 30-an, lapor Agensi Berita Yonhap pada Ahad, memetik data rasmi.

Tahun lalu, seramai 23,022 orang ditahan atas kesalahan berkaitan dadah, menurun 16.6 peratus berbanding rekod tertinggi 27,611 orang pada 2023, menurut laporan tahunan jenayah dadah yang dikeluarkan Pejabat Pendakwa Raya Tertinggi.

Jumlah kes bagi 2020 dan 2021 masing-masing mencatatkan 18,050 dan 16,153, sebelum meningkat kepada 18,395 pada 2022 dan melonjak kepada 27,611 pada 2023, mencatatkan rekod baharu dua tahun berturut-turut.

Daripada jumlah yang ditahan tahun lalu, 60.8 peratus adalah individu dalam lingkungan usia 20-an dan 30-an, meningkat daripada 54.5 peratus pada 2023.

Jumlah warga asing yang ditahan atas kesalahan berkaitan dadah turut mencatatkan rekod tertinggi iaitu seramai 3,232 orang tahun lalu, sebahagiannya disebabkan peningkatan jumlah keseluruhan penduduk asing di negara itu.

Sementara itu, jumlah pesalah dadah dalam kalangan remaja menurun 56.1 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 649 orang pada 2024, menurut data sama.

Pihak berkuasa turut merampas sejumlah 11,173.2 kilogram dadah tahun lalu, meningkat 17.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. — Bernama

BERITA LAIN

Singapura nasihat rakyat tangguh perjalanan ke Arab Saudi

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menerusi Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warganya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Arab Saudi berikutan peningkatan ancaman keselamatan di rantau berkenaan. Langkah

BERITA TERBARU