Jumpa bom masih aktif

SIBU: Pekerja ladang kelapa sawit di Sungai Igan dekat sini gempar apabila menjumpai sebutir bom lama yang dikatakan masih aktif.

Bom terbabit dijumpai kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar ini dan dipercayai peninggalan zaman perang dunia kedua iaitu zaman Jepun.

Penemuan tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.

Menurutnya, bom tersebut dijumpai oleh pekerja ladang ketika bekerja di lokasi penemuan sekitar jam 1.35 petang.

Jelasnya, pihaknya dimaklumkan selepas penemuan itu sebelum Unit pelupusan bom (UPB) bergegas ke lokasi penemuan selepas dimaklumkan.

Tambahnya, bom berbentuk mortar lama itu berjaya dimusnahkan pada jam 4.05 petang.

“Tiada sebarang insiden yang tidak diingini dilaporkan semasa proses itu dijalankan,” tambahnya lagi.

Suara Sarawak