ARTIKEL

Jurugambar diserang haiwan marin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WELLINGTON: Pertandingan luncur air di New Zealand dihentikan sementara selepas seorang jurugambar diserang haiwan marin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik penganjur, semalam.

Kejadian berlaku ketika separuh akhir lelaki New Zealand Pro di Raglan, pantai barat Pulau Utara. 

Dua peluncur Brazil, Italo Ferreira dan Yago Dora, dibawa keluar dari air menggunakan jet ski selepas pertandingan dihentikan.

“Setakat ini, kami belum pasti sama ada ia jerung atau singa laut,” kata Naib Presiden Jelajah dan Pertandingan Liga Luncur Dunia (WSL), Renato Hickel sejurus selepas insiden itu.

Hickel berkata doktor di lokasi kejadian percaya jurugambar itu mungkin digigit singa laut, bukannya jerung.

“Namun, ia tetap sangat menakutkan,” katanya.

Hickel berkata jurugambar itu kini berada di hospital dalam keadaan stabil dan “bersemangat tinggi”, sambil menambah pertandingan akan disambung semula selepas penganjur berbincang dengan peluncur dan pihak berkepentingan lain.

Dalam mesej yang dipetik ketika siaran WSL, jurugambar Ed Sloane berkata beliau “baik-baik sahaja” dan sedang menerima rawatan selepas mengalami gigitan pada kaki kirinya.-Bernama-dpa

BERITA LAIN

Singapura nasihat rakyat tangguh perjalanan ke Arab Saudi

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menerusi Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warganya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Arab Saudi berikutan peningkatan ancaman keselamatan di rantau berkenaan. Langkah

BERITA TERBARU