ARTIKEL

Gambar Hiasan

Jurujual Didakwa Bunuh Bayi Perempuan Yang Baru Dilahirkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Seorang jurujual pasar raya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkannya di sebuah pangsapuri di Subang Jaya, minggu lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Siti Nur Wahida Zainudin, 23, yang hadir memakai baju-T lengan panjang berwarna biru gelap dan berseluar hitam, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ameera Mastura Khamis kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh bayi perempuan yang dilahirkannya antara 5 pagi hingga 5.30 petang pada 7 Julai 2026 di sebuah unit pangsapuri di USJ 14, Persiaran Mulia, Subang Jaya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Akhilah Rosmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Okt ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. – BERNAMA 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke