ARTIKEL

twitter.com/FIFAWorldCup

Jurulatih asing kuasai pentas Piala Dunia 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

STANBUL: Piala Dunia FIFA 2026 menyaksikan jurulatih asing mengatasi jumlah pengendali tempatan buat kali pertama dalam sejarah kejohanan itu.

Daripada 48 pasukan yang bertanding, seramai 28 dikendalikan jurulatih asing manakala 20 lagi menggunakan khidmat jurulatih tempatan.

Argentina muncul negara yang mempunyai wakil jurulatih paling ramai dengan enam pengendali di pentas Piala Dunia kali ini.

Menurut Bernama, jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann, 38, menjadi pengendali termuda, manakala Dick Advocaat dari Belanda yang membimbing Curacao merupakan jurulatih paling berusia pada usia 78 tahun.

Selain itu, hanya Didier Deschamps dari Perancis dan Lionel Scaloni dari Argentina pernah memenangi Piala Dunia sebagai ketua jurulatih sebelum ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU