ARTIKEL

Jurulatih Victor Andrag berharap khabar angin KDA FC disingkir tidak benar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR SETAR: Ketua Jurulatih Interim Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Victor Andrag, berharap khabar angin mengenai kemungkinan pasukan itu disingkirkan dari Liga Super ekoran masalah yang dihadapi adalah tidak benar.

Katanya, jika skuad Sang Kenari disingkirkan dari liga tersebut, ia adalah sesuatu yang menyedihkan kerana Kedah disifatkan sebagai pasukan elit dengan sejarah tersendiri dalam arena bola sepak.

“Saya berharap maklumat itu hanya sekadar khabar angin dan tidak menimpa Kedah seperti beberapa pasukan lain sebelum ini. Jika ia berlaku, sangat sedih kerana Kedah adalah pasukan elit yang banyak sejarah. Jadi, saya harap ia sekadar khabar angin,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan menentang Penang FC di Stadium Darul Aman, di sini malam tadi.

Dalam aksi Liga Super itu, KDA FC berjaya menewaskan pasukan dari negeri jiran dengan keputusan 1-0 menerusi gol tunggal pemain sayap, Sukhrob Nurulloev pada minit ke-10.

Mengulas mengenai aksi malam tadi, Victor berkata pemain KDA FC mempamerkan aksi bertenaga dan menunjukkan kesungguhan untuk memperoleh tiga mata berharga.

Menurutnya, walaupun pasukan sedang menghadapi permasalahan dalaman, pemain dapat memberi fokus kepada permainan seterusnya dan berjaya mendapatkan kemenangan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail, berkata pasukannya mencipta banyak peluang dalam perlawanan itu, namun gagal memanfaatkannya untuk menghasilkan gol.

“Saya tidak panik selagi pasukan mampu mencipta peluang dalam perlawanan. Cumanya, tiada penyudah. Mungkin faktor pengalaman, jadi saya positif untuk perlawanan seterusnya,” katanya.—BERNAMA

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU