ARTIKEL

Gambar hiasan. |Freepik.com

JURUTERA LELAKI RUGI RM156,000 AKIBAT PELABURAN PALSU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Seorang jurutera lelaki di daerah Bera kerugian RM156,000 selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud, empat tahun lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa berusia 39 tahun itu tertarik untuk menyertai satu skim pelaburan di bawah syarikat yang dikenali sebagai ‘Perniagaan Bos’ apabila menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat pada Mac, 2022.

“Mangsa membuat 10 transaksi kewangan berjumlah RM156,000 ke dalam satu akaun bank dalam tempoh 16 Mac sehingga 9 Jun tahun sama.

“Bagaimanapun, mangsa mula curiga dan menyedari ditipu apabila diminta untuk membuat lagi pembayaran tambahan bagi mendapatkan keuntungan. Sumber kewangan ialah pinjaman peribadi yang dilakukan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha