ARTIKEL

Gambar hiasan

Juruterbang seludup dadah ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Seorang juruterbang warga Malaysia ditahan di Indonesia kerana disyaki cuba menyeludup dadah, termasuk 25 kilogram ekstasi bernilai kira-kira Rp60 bilion (Rp1 juta = RM225.20), ke negara itu, menurut pihak berkuasa pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kastam dan Eksais Indonesia Djaka Budi Utama berkata suspek berusia 39 tahun itu ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, pada 29 Julai selepas menerbangkan pesawat penumpang antarabangsa dari Kuala Lumpur, dengan dadah berkenaan didakwa ditemukan disembunyikan di dalam bagasinya.

“Kastam dan Eksais di Lapangan Terbang SoekarnoHatta berjaya mematahkan cubaan menyeludup MDMA atau ekstasi yang terdiri daripada 14 bungkusan.

“Rampasan itu membabitkan kira-kira 70,114 pil ekstasi dengan berat bersih sekitar 25.15 kilogram, selain empat gram kasar metamfetamin atau syabu,” katanya pada sidang media bersama Badan Siasatan Jenayah (Bareskrim) Polis Negara Indonesia di sini pada Jumaat.

Ketua Subdirektorat II Direktorat Narkotik Bareskrim Awaludin Amin berkata ujian makmal mendapati air kencing suspek positif MDMA, metamfetamin dan kokain, manakala siasatan awal menunjukkan dia mungkin pernah menyeludup dadah ke Indonesia sebelum ini.

Beliau berkata berdasarkan soal siasat awal, suspek mengaku membawa dadah terlarang ke Indonesia sebanyak tiga kali, iaitu dua kali melalui Jakarta dan sekali melalui wilayah lain.

“Kami mengesyaki dia sebahagian daripada rangkaian antarabangsa, namun kami memerlukan masa untuk menjalankan siasatan lanjut dan membongkar sindiket yang lebih besar,” katanya sambil menambah bahawa pihak penyiasat sedang mengesan anggota lain dalam rangkaian itu serta mengenal pasti penerima dadah berkenaan di Indonesia.

Ketua Kastam dan Eksais Soekarno-Hatta Hengki berkata kes itu amat membimbangkan kerana suspek baru sahaja menerbangkan pesawat penumpang antarabangsa sebelum ditahan, dengan pesawat berkenaan membawa kira-kira 170 penumpang.

Beliau berkata kru penerbangan lazimnya diklasifikasikan di peringkat antarabangsa sebagai pengembara berisiko rendah dan menggunakan laluan pemeriksaan khas di lapangan terbang, namun menegaskan bahawa pihak kastam mengenakan standard pemeriksaan yang sama terhadap kru dan penumpang.

Beliau berkata pihak berkuasa Indonesia telah memulakan penyelarasan dengan rakan sejawat di Malaysia susulan penahanan itu.

Tambahnya, Direktorat Jeneral Penerbangan Awam akan terus berhubung dengan pihak berkuasa penerbangan Malaysia, manakala Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah pun menjalin komunikasi dengan rakan sejawat masing-masing di Indonesia.

Hengki berkata siasatan masih diteruskan bagi menentukan sejauh mana peranan suspek dalam sindiket pengedaran dadah itu serta sama ada terdapat operasi penyeludupan rentas sempadan lain yang terlibat. – Bernama 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah