ARTIKEL

K. Letshanaa: Tidak fikir pasal ranking elak rasa tertekan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Pemain badminton perseorangan wanita negara K. Letshanaa enggan terlalu memikirkan ranking lawan yang berkemungkinan berada di kedudukan lebih tinggi pada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebaliknya fokus untuk memperagakan aksi bertenaga pada Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024 yang bermula hari ini.

Beliau yang berada di kedudukan ke-56 dunia berkata menyumbang mata berharga buat negara menjadi keutamaannya sekiranya dipilih barisan kejurulatihan untuk beraksi dalam kejohanan dwitahunan berkenaan.

“Jangan fikir pasal ranking sebab bila fikir pasal ranking, anda akan tertekan dan mungkin rasakan tidak cukup bagus untuk bertanding dalam kejohanan ini.

“Apabila berada di gelanggang, ia pertandingan antara pemain. Anda bersaing antara satu sama lain, bukan bersaing dengan ranking atau kedudukan.
Apabila anda melakukan yang terbaik, anda boleh melihat hasilnya,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam di sini semalam.

Letshanaa yang juga pemenang Cabaran Antarabangsa Uganda 2023 turut berharap mampu ‘menawan’ angin kencang gelanggang Pusat Konvensyen Setia City yang memerlukan ketangkasan pemain untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran berkenaan.

Sementara itu, kapten skuad wanita yang juga pemain beregu negara M. Thinaah enggan meletakkan sebarang tekanan kepada rakan sepasukan dan berharap semua perancangan barisan kejurulatihan berjalan lancar pada hari pertandingan.

“Semuanya berjalan lancar (tetapi sekarang) hanya berharap terus bersemangat,” katanya.

Skuad wanita akan mempertaruhkan Goh Jin Wei, Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Nurshuhaini Azman, Thinaah, Pearly Tan, Teoh Mei Xing, Go Pei Kee, Low Yeen Yuan dan Tan Zhing Yi.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan Y akan bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) esok (14 Feb) dan Thailand pada Khamis (15 Feb). — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.