ARTIKEL

Gambar hiasan

Kadar IPU di Sarawak tahap sederhana, meskipun jerebu mula kelihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Meskipun jerebu mula kelihatan di beberapa kawasan sejak pagi tadi, namun keadaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak masih berada pada tahap sederhana.

Berdasarkan kemas kini laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat jam 2 petang, Kuching; IPD Serian dan Samarahan masing-masing merekodkan bacaan 60.

Sementara Bintulu (60) diikuti Samalaju (55); Sarikei (55); Sri Aman (54); Sibu dan Mukah (53).

Tiga kawasan di Sarawak mencatatkan IPU baik iaitu Miri (48); ILP Miri (45) manakala Limbang 21.

IPU 0-50 bermaksud kualiti udara yang baik, 51-100 adalah sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 300 dan ke atas memberi amaran berbahaya untuk kesihatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU