ARTIKEL

Violet Yong membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan DUN Sarawak di Kuching, petang tadi.

Kadar taksiran semasa bagi penduduk Skim Perumahan Mampu Milik perlu diturunkan – ADUN Pending

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kadar taksiran semasa yang dikenakan kepada penduduk Skim Perumahan Mampu Milik di Sarawak perlu diturunkan bagi membantu memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong Wui Wui, berkata kadar taksiran perlu dirumuskan dengan adil supaya penduduk yang mendiami skim perumahan itu mampu membayarnya.

“Kadar taksiran yang tinggi, termasuk ‘Type A’ RM463.80, ‘Type B’ RM485, dan ‘Type C’ RM540.60.

“Kadar ini sama dengan kadar dikenakan ke atas kondominium pembangunan swasta.

“Disebabkan itu, saya merayu kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan untuk menangani isu ini secara eksklusif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, petang tadi.

Mengambil contoh kadar taksiran semasa yang dikenakan ke atas Residensi Prima Bintawa, yang terdiri daripada 1,320 unit, beliau meminta agar kadar tersebut juga turut diturunkan dengan segera.

Meskipun kadar taksiran itu dikatakan telah ditentukan dengan sewajarnya, namun ia masih membebankan rakyat yang terdiri daripada penduduk berpendapatan rendah.

“Pada 2006, kadar premium pembaharuan tanah diturunkan kepada RM1,000 untuk rumah teres, RM3,000 untuk rumah berkembar, dan RM6,000 untuk banglo oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

“Oleh itu, jika premium pembaharuan tanah boleh diturunkan, kadar taksiran untuk skim perumahan mampu milik yang dibina oleh kerajaan juga boleh diturunkan,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha