Kajian menyeluruh sebelum ambil alih Pelabuhan Bintulu

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang membuat kajian menyeluruh dan terperinci untuk memperkukuhkan pelabuhan di negeri ini yang merangkumi Pelabuhan Bintulu.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi berkata, pelabuhan di Sarawak perlu diperkukuhkan untuk mempergiatkan lagi aktiviti ekonomi di Sarawak.

“Setelah kajian menyeluruh dijalankan, maka, kita boleh menilai langkah dan prosedur yang harus dilalui sekiranya ingin mengambil alih Pelabuhan Bintulu Holdings, sebuah entiti Persekutuan,” katanya pada sidang media di Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Keempat Dun Ke-18 di sini, semalam.

Suara Sarawak