ARTIKEL

Kaki hancur tersangkut di mesin pengisar ikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Nasib malang menimpa seorang lelaki warga Indonesia apabila kaki kirinya hancur tersangkut dalam sebuah mesin pengisar ikan di Fairy Cave jam 2 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Tawang Lingem berkata, pihaknya menerima laporan tiga minit selepas kejadian sebelum operasi menyelamat mangsa dilakukan sekitar 2.14 petang di lokasi berkenaan.

Jelas beliau, pasukannya terpaksa meminta bantuan daripada Hospital Bau untuk membantu operasi menyelamat berikutan kaki mangsa masih tersangkut di dalam mesin pengisar tersebut.

Menurutnya, mangsa berusia 27 tahun terpaksa diberikan ubat penenang bagi memudahkan operasi mengeluarkan kakinya daripada mesin tersebut.

“Mangsa dalam keadaan mengerang kesakitan ketika operasi menyelamat dilakukan.

“Bagi memudahkan operasi mengeluarkan kaki mangsa yang tersekat, pihak Hospital Bau terpaksa memberikan suntikan mofin terhadap mangsa sebelum operasi berjaya dilakukan semasa beliau dalam keadaan separuh sedar,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tawang menambah, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Hospital Bau bagi tindakan rawatan lanjut dilakukan.

Operasi menyelamat mangsa seterusnya ditamatkan sekitar sejam selepas kejadian berlaku.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha