Kakitangan Persekutuan berkhidmat di Sarawak dapat insentif RM500 Jun tahun depan

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju memberi insentif sebanyak RM500 kepada 95,000 kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, insentif berkenaan akan dibayar pada Jun tahun depan sebagai tambahan kepada pemberian RM500 Kerajaan Persekutuan kepada kakitangannya di seluruh negara.

“Saya difahamkan seramai 95,000 penjawat awam Persekutuan berkhidmat di Sarawak yang kebanyakannya terdiri daripada guru, pegawai kesihatan, polis dan sebagainya apabila mereka juga berkhidmat di kawasan luar bandar,” katanya selepas merasmikan Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di BCCK di sini, sebentar tadi.