ARTIKEL

Kamara, Alif jadi penonton aksi menentang JDT FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua bintang sensasi Kuchjng City FC, Abu Kamara dan Mohamad Alif Hassan terpaksa menjadi pemerhati aksi rakan-rakannya pada perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 19 Mei ini.

Kedua-dua pemain terbabit digantung satu perlawanan Liga Super 2023 itu selepas menggumpul tiga kad kuning sebelum ini.

Ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim menegaskan, semua pemain bebas daripada diulit musibah kecederaan mahupun penggantung kecuali Abu Kamara dan Mohamad Alif Hassan.

Tegasnya, ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak begitu membimbangkan kerana pemain simpanan sedia ada mampu melaksanakan tugas diposisi tersebut apabila diberi peluang beraksi kelak.

“Persiapan kita untuk menghadapi perlawanan itu berjalan lancar. Apa yang penting bagi kami sekarang, terus memperkemas semua posisi ,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak..

Katanya, walaupun tampak sukar bagi anak-anak buahnya untuk cuba melakukan kejutan ke atas JDT FC perlawanan itu kelak.

Namun, mereka akan cuba memberi tentangan sengit dan berusaha mengelak daripada dibolosi lebihan gol.

BERITA LAIN

Dominator JR FT terbaik, semakin digeruni

KUCHING: Skuad Dominator JR FT kini antara pendatang baharu yang semakin digeruni keedibiliti mereka di pentas saingan bola sepak lima sebelah atau lebih dikenali sebagai

Fasiliti Stadium Sarawak akan dinaik taraf

KUCHING: Penaiktarafan fasiliti di Stadium Sarawak akan dilakukan susulan negeri ini sebagai tuan rumah bersama bagi Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) pada tahun 2027. Menteri

BERITA TERBARU

Teknik eratkan hubungan keluarga

SIKAP SEDERHANA keluarga adalah suatu cara hidup yang mendasarkan diri pada prinsip kesederhanaan, kecukupan dan keutamaan dalam setiap aspek. Pendekatan ini dapat mengeratkan hubungan ahli