ARTIKEL

Kanak-kanak autisme yang hilang dijumpai selamat di tebing sungai, pada jarak kira-kira 200 meter dari rumahnya.

Kanak-kanak autisme hilang dijumpai selamat 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Kanak-kanak autisme yang hilang dari rumah petang semalam ditemukan selamat, sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata kanak-kanak berusia enam tahun itu dijumpai kira-kira jam 5.15 petang.

“Kanak-kanak itu dijumpai di tebing sungai pada jarak lebih kurang 200 meter dari rumahnya.

“Dia telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak berkenaan.

Terdahulu, kanak-kanak itu dilaporkan hilang dari rumahnya di Jalan Kim Chu Sin, Batu Kawa kira-kira jam 4.15 petang semalam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha