Kanak-kanak dakwa jadi mangsa rogol berkumpulan

MIRI: Terpesona dan terpedaya dengan ajakan seorang lelaki untuk menunggang motosikal bersama-sama bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak perempuan 13 tahun menjadi mangsa rogol beramai-ramai sekumpulan lelaki.

Dalam kejadian pada malam Khamis, mangsa mendakwa dirogol bergilir-gilir di di Sungai Teniku Jalan Miri Bintulu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah yang mengesahkan kejadian itu sebentar tadi berkata, ketiga-tiga suspek merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 16 sehingga 19 tahun.

Menurutnya, laporan polis dibuat oleh mangsa bersama-sama ibunya ke Balai Polis Miri pada Jumaat. – Berita lanjut di Suara Sarawak esok.