ARTIKEL

Kanak-kanak dikhuatiri lemas di Kampung Kuala Matu Hilir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Seorang kanak-kanak Tahun Lima dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika memancing ikan di Kampung Kuala Matu Hilir, petang tadi.

Ibunya, Khatizah Saadi , 34,berkata, anaknya, Muhd Amirul Dedy Susando, 11, keluar dari rumah mereka kira-kira jam 2.00 petang.

Ketika itu katanya, dia tidak mengesyaki sesuatu yang buruk sehingga mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira dua jam kemudian.

“Saya amat terkejut selepas jiran memberitahu, anak saya terjatuh ke dalam sungai. Malah seorang rakan yang bersamanya ketika kejadian turut memaklumkan kejadian sama.

“Sebelum meninggalkan rumah, Amirul tidak menunjukkan sebarang perubahan. Dia hanya minta izin keluar rumah untuk bermain,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Dalam pada itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, pasukan Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi selepas menerima laporan pada 4.52 petang.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha