ARTIKEL

-kredit JBPM

Kanak-kanak Ditemukan Lemas Selepas Terjatuh Ke Dalam Sungai Ketika Bermain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas pagi ini selepas dilaporkan terjatuh di sungai berhampiran Jalan Welfare, Kampung Baru Sungai Buloh, di sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata Paulus Amsal Jimri, 11, ditemukan pada 10 pagi oleh orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

“Mangsa telah dijumpai pada jarak 1.9  kilometer dari tempat mangsa dilaporkan jatuh. Pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) berjaya membawa naik mangsa pada 10.47 pagi, dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan pada 11 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa dipercayai terjatuh ketika bermain bersama rakannya di tepi sungai berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) berdekatan Menara FINAS, Damansara Damai.

Ahmad Mukhlis berkata proses pengecaman dilakukan oleh ahli keluarga mangsa pada 11.10 pagi di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut dan bedah siasat.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua dimulakan pada 7.30 pagi hari ini, dengan melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan BBP Shah Alam. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU