ARTIKEL

Gambar IPD Alor Gajah

Kanak-kanak lelaki lima tahun maut dilanggar MPV

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR GAJAH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dilanggar sebuah Toyota Avanza dipercayai ketika sedang melintas di Jalan Paya Mengkuang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ahmad Abu Bakar berkata dalam kejadian 5.09 petang semalam, kanak-kanak itu sedang melintas dari kawasan perumahan menuju ke seberang jalan, sebelum dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan yang dipandu lelaki berusia 64 tahun.

“Sebelum kejadian, MPV dipandu lelaki yang bekerja sebagai penyelia itu dalam perjalanan dari arah Paya Mengkuang ke Masjid Tanah, sebelum melanggar mangsa yang dipercayai sedang melintas jalan.

“Akibat kemalangan itu, kanak-kanak itu mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad berkata mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan saringan ujian air kencing ke atas pemandu telah dijalankan dan keputusan adalah negatif.

Beliau berkata siasatan awal di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan brek kira-kira lima meter dan keadaan jalan di kawasan itu ialah satu lorong dua hala, dengan permukaan jalan kering dan cuaca baik.

Ahmad berkata MPV yang terlibat mengalami kerosakan di bahagian hadapan termasuk bonet rosak serta logo kenderaan dan plat pendaftaran tercabut akibat impak perlanggaran.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Ahmad berkata orang awam yang mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan, diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Nurul Salina Rosli daripada Balai Polis Trafik Alor Gajah menerusi talian 011-2543 5507 atau hadir ke balai polis berhampiran.– BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,