Kanak-kanak lemas dalam kolam renang

SIBU: Kegembiraan dua adik beradik mandi di Kolam Renang Bukit Lima di sini bertukar mimpi ngeri apabila abangnya berusia 10 tahún didapati lemas dalam kejadian jam 5.30 petang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah SIbu ACP Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan kejadian itu sebentar tadi berkata, dalam kejadian itu Brynden Baro Bata berkunjung ke kolam renang bersama-sama ibu dan adik perempuannya berusia enam tahun untuk mandi-manda.

“Bagaimanapun, ibu mangsa mandi di kolam dewasa dan membiarkan kedua-dua anaknya mandi di kolam kanak-kanak.

“Tiba-tiba adik mangsa memaklumkan kepada ibunya yang abangnya tidak bangun-bangun dari kolam kanak-kanak. Siasatan awal mendapati kolam renang itu dipenuhi orang ramai dan kes dianggap mati mengejut,” katanya. – Berita lanjut di Suara Sarawak esok.

Suara Sarawak