ARTIKEL

Kanak-kanak maut, adik parah motosikal ditunggang bapa melanggar kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia setelah motosikal dinaikinya bersama bapa, ibu dan adiknya melanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini.

Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 12 tengah malam tadi, turut menyebabkan adik lelaki mangsa yang masih berusia tujuh bulan cedera parah di muka dan badan manakala ayahnya,31, cedera ringan dan ibunya,35, cedera di kaki kiri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata kemalangan berlaku apabila kereta terbabit yang dipandu seorang lelaki dari arah Batu 3 membelok ke kanan untuk masuk ke Jalan Hospital telah dilanggar oleh motosikal yang dinaiki sekeluarga terbabit, yang bergerak lurus dari arah pusat bandar menghala ke Batu 3.

“Anak sulung penunggang motosikal terbabit yang duduk di bahagian depan telah disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 1.15 pagi akibat kecederaan di kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata berdasarkan keterangan pemandu kereta terbabit lampu isyarat berwarna hijau semasa dia membelok ke kanan.

Katanya lelaki berusia 34 tahun itu, yang merupakan eksekutif jualan syarikat penapis air Cuckoo tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Alexson, keluarga terbabit berasal dari Kampung Temong Mura, Tebedu.

Kes masih dalam siasatan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Keadaan kereta yang dilanggar motosikal ditunggang bapa mangsa dalam nahas yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini, tengah malam tadi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu