ARTIKEL

Gambar hiasan

Kanak-kanak perempuan mengaku bersalah miliki motosikal curi 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua kanak-kanak perempuan mengaku bersalah di hadapan Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memiliki harta curi sebuah motosikal Jenama Honda milik seorang lelaki berusia 57 tahun, Ahad lalu (4 Februari).

Tertuduh masing-masing berusia 12 tahun dan 14 tahun membuat pengakuan itu sebaik sahaja satu pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang  sama dibacakan di hadapan mereka.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama memiliki harta curi sebuah motosikal di Jalan Bandar Baru Samariang, kira-kira jam 10 pagi, 4 Februari lalu.

Bagaimanapun, Majistret Zubaidah Sharkawi membebaskan kedua-dua tertuduh dengan jaminan RM3,000 beserta ibu sebagai penjamin, sementara menunggu laporan akhlak pada 28 Mac depan.

Menurut fakta kes, pada 4 Februari lalu, sekitar 10 pagi,pengadu melaporkan kepada pihak polis bahawa motosikalnya yang diletakkan di hadapan rumahnya hilang dicuri orang.

Kemudian, sekitar jam 8.30 malam, pihak polis berjaya menangkap kedua-dua tertuduh di tepi jalan Bandar Baru Samariang menggunakan sebuah motosikal.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua tertuduh telah menyimpan harta curi iaitu sebuah motosikal milik mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah