ARTIKEL

ANGGOTA bomba dan polis melakukan siasatan tempat mangsa terjatuh.

Kanak-kanak terjatuh ke sungai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Rumah Boniface Giri, Nanga Geremai di sini petang kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Batrick Giling Bunau berusia satu tahun enam bulan dari rumah panjang tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 6.16 petang.

Sejurus itu, jelas beliau, enam anggota diketuai PBK I KUP Mohammad Bujang beserta sebuah jentera LFRT dikerah ke lokasi.

“Setibanya di sana, anggota bomba dimaklumkan oleh saksi bahawa ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak tersebut sedang membuat kerja mengenjin padi dan tidak perasan akan keberadaan anak mereka ketika itu.

“Terdapat dua orang saksi kejadian yang berada di tebing sungai ketika kejadian sedang membuat kerja harian ternampak mangsa tergelincir di tebing sungai,” katanya dalam satu kenyataan pada malam semalam.

Arrahman mengatakan, kedua-dua saksi turut cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak berjaya. Rentetan itu, ujar beliau, pencarian turut dibantu orang kampung untuk mencari mangsa di sekitar tempat kejadian namun gagal, sebelum menghubungi pihak bomba.

“Jarak dari rumah panjang ke tebing sungai dalam anggaran lebih kurang 150 meter dan kami difahamkan mangsa dikhuatiri lemas pada jam kira-kira jam 5.15 petang,” tegas beliau.

Bagi tindakan operasi mencari dan menyelamatkan (SAR), Arrahman mengatakan pihak bomba bersama-sama pihak polis turut ke tempat kejadian serta mendapatkan maklumat daripada saksi kejadian

“Mangsa yang dikhuatiri lemas masih gagal ditemui dan operasi ditangguh jam 7.59 malam memandangkan keadaan cuaca semakin gelap. Operasi SAR akan disambung pada keesokan harinya (26 Februari),” ujar Arrahman.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)