ARTIKEL

Kandungan gula bubble tea tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Pengilang dan pengeluar minuman manis, termasuk minuman teh mutiara atau ‘Bubble Tea’ yang popular, harus mengamalkan pemantauan sendiri untuk memastikan produk mereka tidak melebihi tahap gula dibenarkan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pengusaha minuman perlu memikul tanggungjawab bagi merumuskan semula bahan-bahan mereka ke arah lebih sihat selain mengelak dikenakan cukai gula yang telah dilaksanakan kerajaan.

“Ini terpakai untuk bukan sahaja Bubble Tea tetapi semua produk lain. Kami mahu melihat mereka mengawal dan memodulasi) cara penghasilan minuman kurang manis, dengan cara tidak dikenakan ukai.

“Jika mereka mempunyai rasa tanggungjawab, mereka akan mematuhinya untuk menghasilkan minuman sihat yang mengandungi gula kurang daripada 5g setiap 100ml, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen kesedaran dan kesihatan ´Kurangkan Gula Hidup Sihat´ anjuran Giant Malaysia dengan kerjasama Fonterra Brands Malaysia di Giant Hypermarket di Subang Jaya di sini semalam.


Dr Dzulkefly berkata pihaknya turut mengambil maklum akan laporan media bahawa Bubble Tea mengandungi gula melebihi jumlah yang disyorkan.

“Dari bacaan saya, dalam 100ml minuman popular mempunyai 20 sudu gula manakala pengambilan harian yang dibenarkan hanyalah lapan sudu teh.

“Jadi keputusan atas pengguna sendiri bagi menghindari menjadi obesiti, ” katanya sambil menambah bahawa Malaysia antara negara paling ramai obesiti di Asia Tenggara.

Jelasnya kajian kementerian mendapati satu daripada dua rakyat Malaysia yang mengalami obesiti adalah faktor utama bagi beberapa penyakit tidak berjangkit (NCD), seperti hipertensi, penyakit kardiovaskular, dan kencing manis yang menyumbang peningkatan membimbangkan.

Ujarnya lagi dianggarkan sebanyak 73 peratus kematian disumbangkan oleh NCD, dengan penyakit kardiovaskular termasuk serangan jantung dan strok sebagai penyumbang terbesar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah