ARTIKEL

SEBUAH perahu digunakan di Pekan Kanowit akibat banjir.

Kanowit, Song dan Kapit terjejas teruk, paras air di Sibu masih tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Beberapa kawasan di sekitar Kanowit, Song, dan Kapit terjejas teruk akibat banjir setakat ini yang bermula sejak petang semalam.

Keadaan bertambah teruk susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi ini, menyebabkan paras air di kawasan rendah meningkat sehingga tiga kaki.

Namun, keadaan masih terkawal tanpa sebarang laporan kecemasan setakat ini.

Menurut Ketua Zon Bomba Sibu, PgKB I Andy Alie, kawasan yang paling terjejas termasuk Pekan Kanowit, Kampung Hilir, Jalan Kanowit-Durin, Jalan Kapit-Song (Menalun), dan Jambatan Poi.

Pemantauan awal dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dari awal pagi tadi mendapati paras air mencecah tiga kaki di beberapa lokasi.

“Kami akan terus memantau keadaan dan siap siaga untuk sebarang kemungkinan,” ujar Andy.

Beliau juga menasihati orang ramai, terutama penduduk di kawasan rendah, agar sentiasa berwaspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa jika berlaku pemindahan atau kecemasan.

“Pihak bomba akan terus mengawal situasi dan memastikan keselamatan penduduk di kawasan terjejas sentiasa terjamin,” tambahnya.

Sementara itu, di Sibu beberapa jalannya turut ditenggelami air akibat limpahan banjir dari Sungai Rajang.

Antara jalan-jalan yang dilaporkan banjir ialah Jalan Lanang, Jalan Khoo Peng Loong, dan Jalan Ling Kai Chieng, Jalan Kampung Hilir, Jalan Kampung Datu. Difahamkan hanya dapat dilalui kenderaan berat.

Manakala Jalan Salim-Stabau dan Jalan Sungai Assan terputus hubungan yang tidak dapat dilalui semua kenderaan.

Laporan terkini dari laman web iHydro Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, paras air Sungai Rajang melepasi paras bahaya di beberapa lokasi.

Antaranya adalah di Pekan Kanowit dengan paras air mencapai 6.5 meter, Bazaar Durin (5.12 meter), Sungai Salim B (4.11 meter), dan Rantau Kemiding (8.18 meter).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha