ARTIKEL

Kapal kargo ditahan gagal kemuka DSL

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Sarawak menahan sebuah kapal kargo kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Domestik (DSL) yang sah semasa diperiksa.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, kapal kargo itu ditahan pada jarak lebih kurang 1.9 batu nautika Timur Laut Tanjung Muara Tebas, di sini pada Isnin lalu.

“Selain kesalahan gagal mengemukakan DSL, kapal terbabit turut disyaki melakukan kesalahan di bawah ordinan yang sama kerana gagal mempamerkan dokumen pertukaran nakhoda kapal di dalam Sijil Pendaftaran Malaysia ketika diperiksa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah hasil pemeriksaan dan penggeledahan turut mendapati kapal kargo berkenaan dikendalikan oleh 14 kru termasuk nakhoda terdiri daripada seorang warga tempatan, tiga warga India dan 10 warga Indonesia yang berumur dalam lingkungan 21 tahun hingga 68 tahun.

Katanya kesemua mereka memiliki dokumen pengenalan diri ketika diperiksa.

Zin Azman berkata kapal dan kru terbabit telah diringi ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), Muara Tebas untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU