ARTIKEL

Kapal kargo Thailand diserang di Selat Hormuz

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Sebuah kapal kargo berdaftar di Thailand diserang di Selat Hormuz pada Rabu, dengan 20 kru diselamatkan manakala tiga lagi dilaporkan hilang, menurut pihak berkuasa Thailand.

Jabatan Marin dan Tentera Laut Diraja Thailand memaklumkan bahawa kapal Mayuree Naree, milik Precious Shipping Public Company Limited, terkena serangan di bahagian buritan sejurus selepas berlepas dari Pelabuhan Khalifa di Emiriah Arab Bersatu.

Terdapat 23 kru Thailand di atas kapal tersebut ketika kejadian berlaku.

Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Panidone Pachimsawat berkata pihak kedutaan telah menyelaraskan usaha dengan Kementerian Luar Oman bagi memudahkan bantuan segera.


“Dua puluh kru Thailand diselamatkan oleh Tentera Laut Diraja Oman, sementara usaha diteruskan untuk mengesan tiga lagi yang masih hilang,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Beliau menambah kru yang diselamatkan telah dibawa ke darat di Khasab, Oman.

Panidone berkata Kementerian Luar terus menyelaraskan tindakan dengan pihak berkuasa berkaitan bagi membantu mencari tiga kru yang hilang itu serta mendapatkan fakta sebenar mengenai kejadian tersebut.

Trafik perkapalan melalui Selat Hormuz berkurangan secara mendadak sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran pada 28 Feb, dengan beberapa kapal menjadi sasaran di dalam atau berhampiran laluan perairan itu sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Agensi keselamatan maritim Britain, UKMTO menyatakan kira-kira 10 kapal di dalam atau berhampiran Selat Hormuz telah diserang.

Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) menyatakan di laman sesawangnya pada 6 Mac bahawa sembilan serangan ke atas kapal di selat tersebut direkodkan dalam tempoh seminggu, termasuk empat insiden yang mengorbankan tujuh orang.— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah