ARTIKEL

Foto kredit: Puspen TNI | BERNAMA

Kapal misi kemanusiaan Indonesia ke Gaza tiba di Mesir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Sebuah kapal hospital tentera laut Indonesia yang terlibat dalam misi kemanusiaan Egyptian Port Visit Task Force 2024 , selamat tiba di Pelabuhan El-Arish, Mesir pada Selasa dengan membawa bantuan penting untuk mangsa konflik di Gaza.

Perjalanan kapal hospital ketiga Indonesia, KRI dr. Radjiman Wedyodiningrat-992, bermula pada 17 Jan dengan membawa 200 tan bantuan kemanusiaan yang terdiri daripada makanan, ubat-ubatan, khemah dan air bersih.

Dalam menyatakan kepentingan bantuan kemanusiaan itu, Komander Pasukan Petugas Lawatan Pelabuhan Mesir 2024 Laksamana Pertama Sumarji Bimoaji berkata misi berkenaan merupakan manifestasi kerajaan Indonesia dan keprihatinan rakyat negara itu.

“Diharapkan dengan bantuan ini, ia dapat membantu untuk meringankan penderitaan mangsa konflik Gaza,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Bantuan itu kini sedang menjalani prosedur pemunggahan di dok El-Arish dan seterusnya akan dibawa ke Gaza melalui sempadan Rafah, sebelum diagihkan kepada mereka yang terjejas akibat konflik. – BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan