Pkapal penumpang terbesar pada zaman itu, yang mengorbankan kira-kira 1500 penumpang dan diiktiraf sebagai salah satu tragedi terburuk dalam sejarah dunia.
Menurut fakta, punca karamnya kapal Titanic disebabkan perlanggaran antara kapal tersebut dengan aisberg.
Selepas perlanggaran berlaku, para penumpang pada mulanya tidak panik kerana Titanic kelihatan stabil.
Namun, selepas dua jam, hujung kapal mula tenggelam, yang menyebabkan semua penumpang panik.
Bukan itu sahaja, proses pemindahan penumpang ke bot menjadi kecoh kerana kekurangan latihan kru dalam mengendalikan bot penyelamat dan dengan mengutamakan wanita dan kanakkanak menyebabkan banyak bot berlepas separuh kosong.
Dalam tempoh masa dua jam selepas perlanggaran berlaku, kapal yang memuatkan ribuan orang kaya ternama itu telah dilaporkan karam sepenuhnya.
Tragedi ini bukan hanya mengorbankan lebih daripada 1,500 orang, tetapi juga menjadi simbol kegagalan manusia dalam kesombongan teknologi serta kurangnya persiapan dalam menghadapi bencana.
Titanic ialah kapal milik White Star Line, dibina sebagai sebahagian daripada kelas Olympic untuk bersaing dengan kapal mewah seperti Lusitania milik Cunard.
Dengan panjang 269 meter dan berat 46,328 tan, Titanic dilengkapi dengan teknologi canggih, termasuk 16 petak kedap air yang menyebabkan ia dianggap ‘tidak boleh tenggelam’.
Bagaimanapun, di sebalik kemewahannya, Titanic mempunyai kelemahan yang membawa maut, seperti kekurangan bilangan bot penyelamat untuk menghadapi bencana.






