HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Kapasiti bekalan air terawat di Lawas dipertingkat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Tangkap layar Rahman ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19
Tangkap layar Rahman ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19

KUCHING: Dua Projek Rakyat dilaksanakan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran bekalan air terawat di Lawas bagi memenuhi permintaan semasa.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia bagi mengatasi masalah kekurangan air.

“Dua projek tersebut adalah penaiktarafan Loji Rawatan Air (LPA) Serantau Trusan Sedia Ada dari 20 Juta Liter Sehari (JLH) kepada 40 JLH yang dijangka siap pada penghujung tahun 2022.

“Seterusnya, kerja-kerja Pemulihan dan Pentauliahan Semula lima JLH Gelugus LPA, yang telahpun siap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Ba Kelalan ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 bagi Penggal Pertama, di sini, hari ini.

Tambahnya, LPA Wilayah Trusan di Lawas yang sedia ada mempunyai 20 JLH yang ditauliahkan pada 2013, membekalkan air terawat ke seluruh daerah perundangan.

“Bagi penyelesaian jangka panjang, dua lagi projek iaitu LPA Lawas Baharu (20 JLH) dan LPA Trusan Baharu (50 JLH) dicadangkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk dilaksanakan,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru