AHLI kumpulan K-pop terkenal, aespa, Karina, baru-baru ini berkongsi pengalaman lucu ketika berada di Amerika Syarikat dalam video terbaharu oleh saluran YouTube W Korea.
Video itu bertajuk Why Did aespa’s Karina Burst Into Laughter While Doing Her Makeup?
Karina’s ASMR Has Its Touching Moments by W Korea.
Dalam video tersebut, Karina menceritakan pengalaman tidak dijangka ketika bertemu peminat di jalanan.
Semasa lawatan mereka ke Universal Studios, dia memakai barangan rasmi konsert kumpulannya tetapi masih tidak dikenali orang ramai.
“Saya tidak dapat mengucapkan hai dahulu, jadi saya tidak menyapa mereka ketika itu.
Tapi kami terserempak lagi di permainan lain dan ketika itulah saya menyapa mereka,” kata Karina sambil tersenyum.
Selain itu, Karina turut berkongsi detik comel ketika membeli kosmetik di Los Angeles.
Seorang wanita memujinya dan bertanya sama ada dia mempunyai Instagram.
“Dia kata, ‘Adakah awak ada Instagram?’ tetapi saya tak dapat memberitahunya.
Tanpa sebab yang jelas,” jelas Karina sambil ketawa.
Kisah ini menunjukkan sisi manis dan lucu Karina di luar pentas, sekali gus membuat peminatnya semakin terhibur melihat personaliti semula jadinya yang santai dan mesra.



