ARTIKEL

Fadillah Yusof ketika berucap bagi Majlis Perasmian Karnival 3K Petra Jaya di sini, hari ini.

Karnival 3K Petra Jaya perkukuh kebersamaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Karnival Kewangan, Kesihatan dan Kebajikan (3K) Petra Jaya 2025 menjadi platform penting menyemai semangat kebersamaan selain meningkatkan literasi kewangan dan memberi akses kesihatan dan kebajikan kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, karnival ini bukti kekuatan kerjasama antara kerajaan dengan agensi, swasta dan komuniti dalam pelaksanaan program berimpak tinggi untuk rakyat.

“Karnival ini bukan sekadar acara hiburan atau pameran, tetapi platform penting untuk mendekati rakyat, mendengar suara mereka serta menyampaikan pelbagai inisiatif kerajaan secara langsung, terbuka dan inklusif.

Ia selaras dengan semangat MADANI – menekankan kesejahteraan, keadilan dan penyertaan menyeluruh,” katanya ketika hadir merasmikan Karnival 3K Petra jaya 2025 di sini, hari ini.

Tambah Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, kerajaan sentiasa memberi tumpuan kepada golongan B40 yang terdedah dengan tekanan kos sara hidup menerusi bantuan.

“Antara bantuan yang disediakan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Bantuan Sara Hidup (BSH), PeKa B40, Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Selain itu, skim mySalam pula menyediakan perlindungan takaful kesihatan percuma kepada golongan golongan B40,” jelasnya.

Fadillah ketika menyampaikan hadiah kepada peserta bagi aktiviti sempena Karnival 3K Petra Jaya 2025.

Beliau berkata lebih 1.7 juta rakyat Malaysia termasuk di Sarawak telah menerima manfaat mySalam.

“Ini termasuk bayaran tunai sehingga RM8,000 bagi penyakit kritikal dan RM50 sehari ketika dimasukkan ke hospital.

Ini bukti kerajaan, bukan sahaja mendengar rintihan rakyat, malah bertindak meringankan beban mereka,” ujarnya.

Fadillah menyeru rakyat Sarawak mengambil peluang memanfaatkan sepenuhnya skim mySalam dan program bantuan lain.

“Kerajaan sentiasa komited memastikan rakyat tidak tercicir daripada arus pembangunan dan perlindungan sosial.

“Dengan adanya program seperti ini, kita mengukuhkan jaringan sokongan sosial, meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengeratkan hubungan antara kerajaan dengan masyarakat,”katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia, Datuk Johan Mahmood Merican.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU