ARTIKEL

TURUT MARA... Pemain pasukan Hermanos FC.

Karnival Bola Sepak Terbuka Bahagian Betong 2025: Enam pasukan ke pusingan kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Enam pasukan dari kumpulan berbeza berjaya mara ke pusingan kalah mati Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Bahagian Betong 2025.

Ia berikutan kejayaan menempatkan diri dalam kelompok dua terbaik selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan sebentar tadi.

REBUT… Pemain Pusak United (tengah) melarikan bola sambil dicabar pemain Rykoz United FC.

Pasukan Semarang Village United, MVS FC (Kumpulan A), Pusak United, Rykoz United FC (Kumpulan B) dan Hermanos FC, Marakas (Kumpulan C).

Sebanyak 12 pasukan dari tiga kumpulan (A,B,C) beraksi sepanjang hari ini bermula pukul 7.30 pagi.

Perlawanan disambung esok (Sabtu) dan masih di peringkat membabitkan lima kumpulan iaitu D, E, F, G, H.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini menegaskan, perlawanan dijangka lebih sengit esok hari.

Katanya, pasukan terlibat mempertaruhkan ramai pemain bintang dari pelbagai kawasan.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU