ARTIKEL

Foto: TVS

Karnival Gawai peluang promosi kepada usahawan PKS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Karnival Gawai merupakan peluang terbaik kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Betong mempromosikan produk masing-masing.

Pegawai Daerah Betong, Laga Kueh berkata, ia menyediakan ruang kepada usahawan untuk mempamerkan produk yang dihasilkan sekali gus membantu dalam aspek pemasaran.

Malah menurutnya, karnival seperti itu turut membantu mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Penganjuran Karnival Gawai Bahagian Betong 2025 adalah bukti semangat gotong-royong yang kukuh dalam kalangan masyarakat setempat.

“Dengan peningkatan mendadak penyertaan daripada usahawan PKS membuktikan aktiviti sosioekonomi masyarakat di Betong semakin berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Gawai Peringkat Bahagian Betong 2025 di Pentas Utama Politeknik Metro Betong pada Jumaat.

Menurutnya, antara aktiviti yang diadakan sepanjang karnival berlangsung termasuk pentas hiburan, Pertandingan Fesyen Kanak-Kanak, Pertandingan Ratu Dabong Dewasa dan Pertandingan Memancing.

Terdapat 40 peserta mengambil bahagian pada penganjuran edisi kali ini berbanding hanya 20 peserta pada tahun lepas.

Karnival Gawai Peringkat Bahagian Betong 2025 berlangsung selama sepuluh hari dari 9 hingga 18 Mei. – TVS

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha