ARTIKEL

POSTER… Karnival Jom Heboh bakal menggegarkan Kota Samarahan pada 31 Julai hingga 2 Ogos ini.

Karnival Jom Heboh kembali gegar Kota Samarahan 31 Julai ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Karnival Jom Heboh (KJH) kembali menemui pengunjung di Sarawak menerusi penganjuran edisi ke-23 bertempat di pekarangan Majlis Perbandaran Kota Samarahan pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2026 (Jumaat hingga Ahad).

Karnival yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut itu bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik, hiburan tanpa henti serta inisiatif mendekati rakyat dalam suasana santai dan meriah.

Antara pengisian sepanjang KJH Sarawak Segulai Sejalai 2026 berlangsung termasuk aktiviti zumba, larian ria 8 kilometer dan 5 kilometer serta pelbagai aktiviti menarik yang lain.

Pengunjung juga bakal digegarkan dengan Konsert Jom Heboh hari pertama pada hari Sabtu (1 Ogos) yang menampilkan barisan selebriti seperti Haiza Hanafi, Mariam Saim, Aepul Roza, Fiq Halim, Aweera dan Kristal X.

Sementara itu, Baby Shima, Wany Hasrita, K.O.I, Syamel dan Marsha Milan pula akan menggegarkan pentas KJH pada hari kedua (Ahad).

Dalam pada itu, edisi kali ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik dengan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP).

Menerusi kolaborasi ini, orang ramai berpeluang berinteraksi secara lebih dekat dengan pelbagai agensi di bawah naungan kementerian melalui pameran interaktif, aktiviti menarik dan pelbagai inisiatif khas sepanjang tiga hari acara berlangsung.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan dan merasai sendiri kehangatan karnival padang paling ikonik di Malaysia yang penuh hiburan, warna dan gelak tawa bersama-sama keluarga.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU