ARTIKEL

SEMPURAI (dua kiri), Setiausaha MDLBS, Ng Siang Wei (kiri), dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Karnival Kebudayaan Durin 2024, Kaunselor Datuk Teo Boon Siew (kanan), mempamerkan gegantung karnival itu pada sidang media tersebut.

Karnival Kebudayaan Durin 2024, 26-28 April

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Karnival Kebudayaan Durin 2024 akan membuka tirai dari 26 hingga 28 April ini di Pekan Durin dekat sini.

Dianjurkan oleh Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) sebagai acara tahunannya, karnival kali ini akan diwarnai dengan pelbagai aktiviti menarik.

Sehubungan itu, Pengerusi MDLBS, Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai, berkata pihak majlis telah mendapat pembiayaan sokongan berjumlah RM100,000 daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak bagi penganjurannya pada tahun ini.

Di samping itu, jelasnya, MDLBS juga telah mendapat bayaran tambahan sebanyak RM100,000 daripada Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

“Tahun ini, Karnival Kebudayaan Durin dan Simfoni Batang Rajang telah digabungkan, dengan Malam Simfoni Batang Rajang ditetapkan pada 27 April ini dari jam 6 petang hingga jam 12 tengah malam yang akan mempamerkan konsert Seniman Sape Antarabangsa.

“Mereka yang terlibat adalah artis-artis seperti Thambunesia dari Indonesia dan artis sape tempatan seperti Mathew Ngau, Jerry Kamit, Klunan Maggat dan Kumpulan Kemada,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, pelbagai aktiviti telah dirancang, antaranya Pertandingan Bot Kawalan Jauh, Pertandingan Sepak Takraw, Pertandingan Lagu Karaoke Iban, Pentas Kebudayaan Cina, Pertandingan Menyumpit, Pertandingan Menangkap Itik, Pertandingan Ngajat dan Mini Regatta.

“Majlis perasmian karnival ini akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap ADUN Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing.

“Manakala penutupannya akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah,” katanya.

Sehubungan itu, Sempurai berharap karnival ini dapat menarik bukan sahaja penduduk tempatan tetapi juga pengunjung dari luar kawasan.

“Biasanya karnival sebelum ini berupaya menarik kira-kira 5,000 hadirin setiap tahun.

“Matlamat kami adalah untuk menarik dan mempamerkan budaya kita kepada khalayak yang lebih luas,” katanya.

BERITA LAIN

Abang Johari hargai keputusan PAS tidak bertanding

SIBU: Keputusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 diharap dapat mencerminkan semangat kestabilan politik yang perlu dipelihara

BERITA TERBARU

Abang Johari hargai keputusan PAS tidak bertanding

SIBU: Keputusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 diharap dapat mencerminkan semangat kestabilan politik yang perlu dipelihara