ARTIKEL

Wakil-wakil agensi berkaitan bersama Teo (12 kanan) dan Siang Wei (13 kanan) semasa meninjau tapak Karnival Kebudayaan Durin 2024.

Karnival Kebudayaan Durin 2024: Aspek keselamatan dan keselesaan diutamakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Jawatankuasa Penganjur Karnival Kebudayaan Durin 2024 akan memastikan penganjurannya berjalan lancar.

Pengerusinya, Kaunselor Datuk Teo Boon Siew, berkata aspek keselamatan dan masalah kesesakan lalu lintas antara yang akan diberi perhatian.

“Bagi masalah kesesakan lalu lintas untuk laluan ke Pekan Durin yang menjadi venue karnival, kami akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan.

“Memandangkan mini regatta antara aktiviti tumpuan dalam karnival ini, kita juga akan memastikan aspek keselamatan akan diberi keutamaan,” katanya semasa meninjau tapak karnival bersama agensi-agensi berkaitan di Pekan Durin dekat sini hari ini.

Beliau menegaskan dengan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, segala persediaan akan dibuat dengan rapi bersama agensi berkaitan, khususnya keselamatan di sungai selain di tapak karnival.

Menurut Teo, sebagai penganjur utama karnival, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) akan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini daripada berlaku.

Kerjasama erat dengan agensi-agensi berkaitan, katanya, adalah penting bagi memastikan karnival ini berjalan lancar dan selamat untuk semua pengunjung.

“Keselesaan pengunjung adalah perkara utama bagi kami di samping keselamatan juga.

“Oleh sebab itu, kami amat memerlukan kerjasama semua agensi berkaitan untuk membantu kami melancarkan lagi penganjuran karnival ini,” tegas Teo.

Sementara itu, Karnival Kebudayaan Durin 2024 akan berlangsung dari 26 hingga 28 April ini di mana seramai 5,000 pengunjung dijangka akan membanjiri Pekan dan Tebingan Durin yang terletak kira-kira 42 kilometer dari sini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU