ARTIKEL

Kredit: Zues Event & Zues Event Imternational

Muzik, humor dan pesona Jason Mraz terus memikat peminat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat, Jason Mraz, kembali menghiburkan peminat di Malaysia selepas tujuh tahun menerusi konsert Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, malam Sabtu lalu.

Lebih 8,000 peminat daripada pelbagai generasi hadir menyaksikan persembahan itu meskipun hujan dan kesesakan trafik berlaku di sekitar lokasi.

Penyanyi berusia 49 tahun itu membuka persembahan dengan lagu You and I Both, sebelum meneruskan rangkaian lagu popularnya seperti 93 Million Miles, Have It All, A Beautiful Mess dan I’m Yours.

Mraz turut mencuri perhatian menerusi interaksi mesra menggunakan bahasa Melayu, termasuk ungkapan “Apa khabar?” dan “Terima kasih”. Beliau meluahkan kegembiraan dapat kembali ke Kuala Lumpur serta menghargai kehadiran peminat bersama keluarga dan rakan-rakan.

Persembahan turut diserikan dengan celoteh spontan penyanyi itu mengenai perubahan dirinya yang kini lebih gemar duduk berbanding menari ketika membuat persembahan. Kemunculan kumpulan Raining Jane, rakan kolaborasinya sejak sekian lama, turut menambah kemeriahan konsert yang berlangsung hampir dua jam itu.

Pemenang dua Anugerah Grammy itu menutup persembahan dengan pesanan “See you very soon, jumpa lagi”, sekali gus mencetuskan harapan peminat agar beliau kembali mengadakan konsert di Malaysia dalam masa terdekat seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

RODRIGUEZ tampil dengan nada baharu

Membawa elemen muzik pop Iban kontemporari dengan pendekatan yang lebih segar, penyanyi muda Rodriguez Wan tampil menerusi single terbaharunya, Nadai Endur Mantah, yang mengetengahkan cita

BERITA TERBARU