ARTIKEL

Peserta Niti Daun Kanowit ceria ketika menyertai perarakan kebudayaan.

Karnival Kebudayaan Kanowit 2026 himpun 1,000 peserta Niti Daun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Acara perarakan budaya ‘Niti Daun’ sempena Karnival Kebudayaan Kanowit (KCF) 2026 berjaya menyatukan kira-kira 1,000 peserta serta ribuan pengunjung dalam suasana penuh warna-warni dan semangat perpaduan.

Penganjuran sulung acara itu bukan sahaja dilihat memperkukuh identiti budaya masyarakat pelbagai kaum di daerah ini, malah berpotensi menjadi tarikan pelancongan tahunan utama di Kanowit.

Kontinjen Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Kanowit turut serta dalam perarakan tersebut.

Sebanyak 35 kontinjen mengambil bahagian dalam perarakan tersebut melibatkan jabatan kerajaan, agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sekolah serta komuniti setempat.

Perarakan bermula dari Pejabat Daerah Kanowit dan berakhir di Pentas Utama KCF 2026 di Tebingan Sungai Kanowit.

Sepanjang laluan perarakan, orang ramai membanjiri kawasan pekan bagi menyaksikan kepelbagaian budaya yang dipersembahkan menerusi busana tradisional, tarian kebudayaan serta hiasan kreatif setiap kontinjen.

Suasana turut dimeriahkan dengan paluan muzik tradisional yang menyerlahkan keunikan warisan pelbagai etnik di daerah berkenaan.

Menteri Perpaduan Negara merangkap Ahli Parlimen Kanowit Datuk Seri Aaron Ago Dagang mengetuai perarakan tersebut bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana dan ADUN Machan Allan Siden Gramong.

Turut hadir Pegawai Daerah Kanowit Cerisologo Sabut selaku pengerusi penganjur serta Temenggong Stanley Geramong Bandar.

Penganjuran ‘Niti Daun’ disifatkan sebagai platform penting dalam mempromosikan warisan budaya tempatan di samping memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU